Sunday, January 25, 2009

What The Hell????

Arinie..
Aku agak moody...
Kenapa ya?
Aku ingin luahkan rasa yang terpendam di hati ni.
So, jangan terasa lalu menangis...
Kerana ini cuma luahan hati
seorang perempuan yang kebodohan!
Aku bencilah orang yang sakitkan hati aku...
Of course la semua orang benci macam tu kan?
Siapalah di dunia ni yang mahu disakiti?
Tapi ada juga orang yang terus-terus menyakitkan...
Kalau boleh, mahu saja aku bom diaorang...
Biar berkecai berai...
Huh...puas!!!
Lelaki? Lelaki? Lelaki?
Waa~~~
Bosannnnnnnnnnnnnnnn...
Setiap kali hati ni terbuka untuk menerima..
Diaorang pergi tutup pula balik...
Mahu cakap bodoh, ndak jugak.
Mau cakap gila, okay jugak.
Urm...lets say they are just being nonsense..
Sudahlah...
malas mau fikir pasal..
Oh, LELAKI!!!!
Ya, of course...
Kalau aku cakap pasal lelaki..
mesti ada kaitan dengan sayang kan?
CINTA?
Oh, belum sampai tahap tu okay!!!
Aku ndak mahu la buruk-burukkan perasaan ini...
Nanti kalau aku suka or sayang someone...
Aku pulak yang kena dengan ayat aku sendiri..
So what?!!!
Eih...
aku tiba-tiba pulak jadi suka..
Bila aku dengar lagu SITUASI...
Ala... kumpulan BUNKFACE tu ba...
Aku terus jadi happy...
Hahahaha...
Sebab aku teringat pula muka penyanyinya...
Encem kan?
Hekhekhek...
Sorry, gete jap!
Bluekk...
:-P
Oh iya!!!
Aku hairan kenapa orang cakap...
Bibir aku ni fake?
Kena botox?
Kena cucuk?
Aih..sorry la okay!
Aku tiada duit mau buat smua tu...
Kalau ada pun, aku ndak mau buat..
Huh...
Ori lagi best kan?
So, pakai, guna n belilah yang ori!!!
Waa~~~
Sudah la..
Aku penat...
Daaa~~~~~~~

Friday, January 23, 2009

Hari Ini... :-D

Hari ini... aku rasa pelik. Baru sahaja tadi aku menangis. Sekarang aku tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kenapa??? Hahaha... Aku tau kenapa. Hatiku tadi agak kacau apabila melihat orang yang dulu aku sayang (jumpa di TS tu), seperti sudah ada org yang lain. Bila kakakku menegur aku, terus meleleh air mataku. Susah... walaupun dia sudah lupakan aku, tapi aku? Aku belum boleh lupakan dia. Biarlah... siapalah aku dibandingkan dengan dia? Dia boleh dapat perempuan yang lebih cantik dan 'hot' dari aku. :-( Itu kenyataan.
Baru sahaja tadi aku jumpa dengan abang angkat aku. Perjumpaan tidak sampai 5 minit itu cukup buat aku tersengih-sengih sehingga sekarang. Orangnya tidaklah tinggi mana pun. Boleh-bolehlah jika dibandingkan dengan aku. Lucu jugak dengan pertemuan sebegitu rupanya. Sekilas saja pertemuan kami di pejabat kakakku. Dia sanggup datang untuk jumpa dengan aku. Dia ingin membawa aku makan tengahari bersamanya tapi aku enggan. Bukan apa... aku takut kakakku marah. Maka, aku katakan kepadanya... "Aku banyak kerja nie."
Malu juga aku berjumpa dengannya. Tapi aku tidak akan mengulangi apa yang berlaku dahulu antara aku dengan orang yang aku sayang di TS tu. Aku tenangkan diriku walaupun aku dapat merasakan deruan darah mengalir deras di pipiku. Aku pelik... kenapa aku yang segera menghulurkan tangan untuk bersalam? Hahaha... selalunya... lelaki yang salam aku dulu. Hairan... Hairan... Aku jumpa lelaki tu di TS, dia yang salam aku dulu. Aku jumpa si Ajai di TS jugak, dia jugak yang salam aku dulu. Aku jumpa si Emal di KLCC, dia jugak yang salam aku. Oh... mungkin dia ni special sikit! Hehehe...
Terkejut jugak aku bila ditariknya tanganku. Nasib baik tidaklah sekuat mana. Sempat aku tepis tangannya. Dia ingin sekali membawa aku makan bersamanya. Tetapi aku tidak mahu! Memang aku sudah kenal dia lebih dari 9 bulan tapi pertemuan kali pertama kami ini? Aduss... sememangnya tidak boleh makan bersamanya! Yalah... tidakkan la aku mahu naik keretanya. Nanti dibawanya aku pergi sempadan Thailand... macamana? Kiranya.. aku ni berhati-hati saja. Demi kebaikanku juga. :-)
Dia masih sayang aku walaupun dia sudah jumpa aku. Bagusnya...aku gembira. Tapi aku hairan.. kenapa aku tidak boleh menyayangi dia lebih dari seorang kawan mahupun seorang abang angkat??? Dia sudah lama menungguku dari 9 bulan yang lalu tetapi aku masih tidak boleh menerimanya. Kenapa? Kesian dia... Orang kata... hati tidak boleh dipaksa untuk mencintai, nanti padah jawabnya. Tapi ada orang cakap.... lebih baik kita bersama orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai. Ada faham? Aku jadi clueless akhirnya... :-S
Tapi apa-apapun, aku gembira dapat jumpa dia. :-D Dialah selalu temankan aku bila aku sedih dan sunyi. Bila aku tiada kredit, aku mintak saja dari dia... terus BEEP!! BEEP!! BEEP!! Handphoneku berbunyi menandakan mesej diterima. Kredit telah dimasukkan ke dalam akaun telefonku. Wah... dia memang pantas! Bila aku bersedih, aku minta saja dia telefon aku... terus lagu LAST NIGHT nyanyi P.Diddy berdering. Dia menelefonku. Aku akan menangis-nangis meluahkan perasaan sedihku sama dia. Kadang-kala, dia pun kedengaran sedih. Aku pulak selalu merajuk dengan dia. Walaupun dulu aku ada boyfriend, tetapi tempatku merajuk mestilah dia. Kenapa? Kalau aku merajuk sama ex-boyfriendku tu, sampai kiamat dia tidak pujuk. Tetapi dengan abang angkatku ni, dia akan cuba pujuk walaupun aku merajuk sebulan lamanya!!!
Adik aku cakap aku ni PENJAHAT. Kenapa? Sebab aku seperti memainkan abang angkat aku. Bukan... aku bukan memainkan dia. Cuma aku belum boleh menerima dia. Aku harap... satu hari nanti pintu hatiku terbuka untuknya!!! Tapi ada penghalangnya... kawan-kawan aku pulak TIDAK SETUJU aku dengan dia. Kenapa? Sebab diaorang cakap aku ni cantik, patut dengan orang yang standard dengan aku. Bukankah diaorang selalu mendefinisikan cinta itu tidak mengenal rupa paras? Tapi aku faham maksud diaorang.... Diaorang cuma mau yang terbaik untuk aku sebab diaorang sayang aku.
Hurm...apa-apapun.... dia tetap kawan aku. Kalau dia jodohku, tidak akan lari ke mana pun. Hehehe... wa~~ Awal sekali aku cakap pasal jodoh... hahahahaha... Belum! Aku belum mau kahwin! Aku masih mau belajar dan dapat kerja yang bagus. Itu planku... tapi semuanya ketentuan ALLAH. :-) Amin..

Tuesday, January 20, 2009

Ada Apa Dengan Aku?



(Aku yang gilak)

Actually...aku boring sangat...sangat...sangat... Setiap hari aku akan buat perkara yang sama kecuali hari Ahad. Aku pergi ofis kakakku... on9 sepanjang hari... and then, balik rumah... zzzzz.... itu jak... Kalau hari Ahad, kami window shopping. Itu pun kadang-kadang jak.. Heyh.. boring! I missed my friends so much! Nanti kalau aku balik Sandakan, aku mau main boling sama dorang... Mau tengok siapa yang banyak kali masuk longkang. Hehehehe...

Urm...sejak aku pergi KL ni... aku banyak nangis. Kenapa erk? Aku rasa aku tau kenapa. Aku rindu mami and dadi... :-( Biasalah... home sick konon! hehehehe... Aku rindu adikku jugak. Apalagi.... bila adikku bagitau aku yang kami ada dua ekor kucing baru, aku makin excited mau balik! Hehehe... Lagipun, ada apa untuk aku di KL? Aku ada kakak...that's for sure. Tapi dia ada life sendiri. Dia busy dengan bisnesnya. Kadang-kadang, aku pun ikut pening bila dia kena bayar banyak benda.





(Aku & Kak Ani)
Sumpah demi ALLAH...hidup aku boring. Kalau kakakku mau pergi bank yang ndak jauh pun dari ofis, aku tetap mau ikut... Kenapa? Sebab aku rasa best bila terkeluar dari ofis tu. Hehehe... Tapi kakak aku memang the best la! Kami shopping sama-sama. Best.. aku suka. Apa aku mau, dia try beli. Dia manjakan aku sangat-sangat. Kalau dia kejutkan aku dari tidur, dia geletek-geletek aku. Aku ndak berapa terkejutlah kalau bangun. Yalah..kalau bangun tido terkejut, mesti mood pun macam tahi kan? hehehehe...

Ada apa di KL ini untuk aku? Hehehe.. soalan yang berulang. Tapi aku mau ulas lebih lanjut. Dulu, niatku pergi KL sebab mau jumpa ex aku... tu yang dalam picture tu. Namanya Emal. Dia mau sangat aku pergi KL...tapi dia buat aku sakit hati. Ndak payah ulas tentang dia. Nanti aku boleh mati. Urm...Pastu, aku jatuh cinta dengan sorang lelaki nie. Dia buat aku happy sangat-sangat-sangat. Dia curi hatiku setelah 4 bulan aku single-mingle-pringle. Tapi bila kami jumpa d Times Square, terus dia ndak mau kontek aku lagi. Aku sedih...Tapi apa boleh buat... Maybe dia lebih happy begitu. Biarkanlah...





(Aku di Kota A Famosa, Melaka)

Sudah 6 bulan single-mingle-pringle... Boringlah... Kadang-kadang tu aku mau rasa dicintai jugak. Tapi tiada yang sudi memandangkan tubuh badan yang ndak menarik langsung. Hehehehe.. Biarlah...Kalau ada lelaki suka aku, biarlah dia suka aku seadanya. Bukan pasal muka aku... Kakak aku cakap aku ni comel tapi gemuk. Kawan-kawanku cakap aku ni lawa tapi gemuk. Urm...ndak apa... I'm fat but you are ugly. I can diet but you? Hehehe.. jangan terasa! :-P







(Aku time sebarkan browser)


Hah...aku selalu di ofis kakak di JAVAREKA AD, 7&7-1, Jalan 3/1, Pandan Indah Industrial Park, KL. Email address: javareka@gmail.com. Blogspot? http://www.javaeka.blogspot.com/ View la okay... Company ni menyediakan.... hehehe..tengok jak la blogspot dorang. Lagi senang. Hehehehehehehehehe....



(Style aku..Peace)
Aku mau WORLD PEACE!!! Kesian Palestinians tau...especially to children and women. Sekolah pun mau dibom. Kan sekolah tu tempat budak-budak belajar. Janganlah terlalu kejam!!! Aku percaya dengan HUKUM KARMA! Someday, dorang kena juga. Kaum Yahudi memang dilaknat oleh ALLAH tujuh atau lapan keturunan ka? Entah... aku bukan orang yang warak or alim dalam agama tapi aku ada perikemanusiaan. Aku harap... presiden Amerika yang baru, BARAK OBAMA, boleh mengubah dan STOP THE WAR... hehehe..WORLD PEACE!!!!


Monday, January 19, 2009

Wahai WANITA...KENALI DIRIMU MELALUI ZODIAKMU!!!!

Stop pasal lelaki!!! Hari ni...aku mau buat blog pasal wanita pula... Hehehehe... Kaum sejenis aku. Okay... Aku bukan mau jadi tahyul or percaya perkara karut tapi aku sekadar mau berkongsi maklumat yang gempak nie! Hehehe.. So wahai perempuan, gadis dan wanita... Silalahkan membacanya...
Capricorn
(21 Dis-19 Jan)
#Mempunyai tubuh badan menarik.
#Sangat percaya kepada diri sendiri.
#Pandai menyembunyikan emosi diri yang lemah.
#Amat meminati muzik dan alam semulajadi.
#Malah suka kepada kecantikan dan tidak hairanlah pakaian anda sentiasa 'up-to-date'.
Aquarius
(20 Jan-18 Feb)
#Sentiasa berterus terang, setia, senang didampingi dan suka melakukan pekerjaan tanpa bantuan orang lain.
#Merasakan mereka boleh hidup tanpa lelaki.
#Apabila inginkan sesuatu, anda akan cuba sehingga berjaya.
Pisces
(19 Feb - 20 Mac)
#'Panas' kerana semua jejaka ingin menawannya.
#Suka berkhayal dan lucu.
#Sensitif tentang cinta kerana tahu membezakan lelaki yang setia atau tidak.
#Sangat menyukai haiwan.
#Suka bergaya untuk kelihatan cantik.
#Mudah menangis apabila berlaku perkara yang menyakitkan hati.
Aries
(21 Mac - 20 Apr)
#Hidup untuk kedamaian membuatkan anda lebih berhati-hati dan sangat memilih pasangan hidup.
#Orang memandang anda sebagai degil dan sombong kerana segala masalah cuba diselesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Taurus
(21 Apr-20 Mei)
#Perawakan menarik, menyenangkan dan lucu.
#Suka memendam rasa.
#Mudah jatuh cinta, setia dan bekerja keras untuk kehidupan yang lebih baik.
#Rasa ingin tahu yang mendalam.
#Sikap yang berterus terang.
Gemini
(21 Mei-20 Jun)
#Berpenampilan menarik dan pandai.
#Mampu melakukan sesuatu dengan secepat mungkin.
#Keinginan yang mendalam untuk melakukan perkara baru.
#Mampu menjadi pendengar yang baik dan penghibur yan baik di kala duka.
Cancer
(21 Jun-22 Julai)
#Ada perasaan malu dalam diri.
#Amat meminati muzik, lucu dan ceria.
#Perubahan wajah dapat dilihat apabila terluka.
#Sanggup membantu kawan di dalam kesusahan.
#Suka mencari kedamaian dan ketenangan
#Suka perkara cantik.
#Cepat marah jika ada perkara tidak disukai.
#Terasa bahagia apabila ada cinta dan kerja.
Leo
(23 Julai-22 Ogos)
#Sikap suka menojol diri.
#Bergaya sesuka hati bergantung kepada mood.
#Sukakan pujian, mudah tersenyum, berfikiran terbuka dan berkeyakinan tinggi.
#Berkarisma dan bersedia menghadapi persaingan luar sebab anda tahu anda dilahirkan sebagai pemimpin.
Virgo
(23 Ogos-22 Sept)
#Bertubuh langsing dengan bentuk bujur sirih, mempunyai dahi yang tinggi dan mata yang bundar.
#Bukan seorang yang berpura-pura.
#Berfikiran terbuka dan percaya kepada diri sendiri.
#Tidak mudah putus asa, cergas dan benci hubungan sementara.
#Menonton wayang, mendengar muzik dan membaca buku menjadi kegemaran.
Libra
(23 Sept-22Okt)
#Anda sanggup menghabiskan tenaga dan wang untuk kecantikan.
#Sangat pandai bergaya.
#Pendirian teguh untuk mempertahankan diri ketika bertengkar.
#Bersedia berkongsi pendapat dan masalah tanpa meminta apa-apa balasan.
Scorpio
(23 Okt-22 Nov)
#Seorang yang perahsia.
#Raut muka mudah dikesan apabila sedang marah.
#Perangai keanak-anakan dan cepat merajuk.
#Dapat membaca apa dalam fikiran orang yang dekat dengan anda.
#Sanggup lakukan apa saja untuk cinta.
#Mementingkan masa.
Sagittarius
(23 Nov-22 Dis)
#Mementingkan kecantikan dan berani bergaya dalam apa-apa situasi.
#Tidak suka memikirkan perkara yang remeh temeh dan memeningkan kepala.
#Mempunyai ramai kawan lelaki kerana sikap keterbukaan dan jujur.
#Tahu menghiburkan sesiapa saja sama ada di saat susah atau senang.
#Sesiapa sahaja bahagia mendampingi anda.
p/s: Sesuai dengan perwatakan anda? Kalau tak sesuai, JANGAN AR MARAH!!!! Bukan salah aku pun... Aku mau share jak! :-P