Hari ini... aku rasa pelik. Baru sahaja tadi aku menangis. Sekarang aku tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kenapa??? Hahaha... Aku tau kenapa. Hatiku tadi agak kacau apabila melihat orang yang dulu aku sayang (jumpa di TS tu), seperti sudah ada org yang lain. Bila kakakku menegur aku, terus meleleh air mataku. Susah... walaupun dia sudah lupakan aku, tapi aku? Aku belum boleh lupakan dia. Biarlah... siapalah aku dibandingkan dengan dia? Dia boleh dapat perempuan yang lebih cantik dan 'hot' dari aku. :-( Itu kenyataan.
Baru sahaja tadi aku jumpa dengan abang angkat aku. Perjumpaan tidak sampai 5 minit itu cukup buat aku tersengih-sengih sehingga sekarang. Orangnya tidaklah tinggi mana pun. Boleh-bolehlah jika dibandingkan dengan aku. Lucu jugak dengan pertemuan sebegitu rupanya. Sekilas saja pertemuan kami di pejabat kakakku. Dia sanggup datang untuk jumpa dengan aku. Dia ingin membawa aku makan tengahari bersamanya tapi aku enggan. Bukan apa... aku takut kakakku marah. Maka, aku katakan kepadanya... "Aku banyak kerja nie."
Malu juga aku berjumpa dengannya. Tapi aku tidak akan mengulangi apa yang berlaku dahulu antara aku dengan orang yang aku sayang di TS tu. Aku tenangkan diriku walaupun aku dapat merasakan deruan darah mengalir deras di pipiku. Aku pelik... kenapa aku yang segera menghulurkan tangan untuk bersalam? Hahaha... selalunya... lelaki yang salam aku dulu. Hairan... Hairan... Aku jumpa lelaki tu di TS, dia yang salam aku dulu. Aku jumpa si Ajai di TS jugak, dia jugak yang salam aku dulu. Aku jumpa si Emal di KLCC, dia jugak yang salam aku. Oh... mungkin dia ni special sikit! Hehehe...
Terkejut jugak aku bila ditariknya tanganku. Nasib baik tidaklah sekuat mana. Sempat aku tepis tangannya. Dia ingin sekali membawa aku makan bersamanya. Tetapi aku tidak mahu! Memang aku sudah kenal dia lebih dari 9 bulan tapi pertemuan kali pertama kami ini? Aduss... sememangnya tidak boleh makan bersamanya! Yalah... tidakkan la aku mahu naik keretanya. Nanti dibawanya aku pergi sempadan Thailand... macamana? Kiranya.. aku ni berhati-hati saja. Demi kebaikanku juga. :-)
Dia masih sayang aku walaupun dia sudah jumpa aku. Bagusnya...aku gembira. Tapi aku hairan.. kenapa aku tidak boleh menyayangi dia lebih dari seorang kawan mahupun seorang abang angkat??? Dia sudah lama menungguku dari 9 bulan yang lalu tetapi aku masih tidak boleh menerimanya. Kenapa? Kesian dia... Orang kata... hati tidak boleh dipaksa untuk mencintai, nanti padah jawabnya. Tapi ada orang cakap.... lebih baik kita bersama orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai. Ada faham? Aku jadi clueless akhirnya... :-S
Tapi apa-apapun, aku gembira dapat jumpa dia. :-D Dialah selalu temankan aku bila aku sedih dan sunyi. Bila aku tiada kredit, aku mintak saja dari dia... terus BEEP!! BEEP!! BEEP!! Handphoneku berbunyi menandakan mesej diterima. Kredit telah dimasukkan ke dalam akaun telefonku. Wah... dia memang pantas! Bila aku bersedih, aku minta saja dia telefon aku... terus lagu LAST NIGHT nyanyi P.Diddy berdering. Dia menelefonku. Aku akan menangis-nangis meluahkan perasaan sedihku sama dia. Kadang-kala, dia pun kedengaran sedih. Aku pulak selalu merajuk dengan dia. Walaupun dulu aku ada boyfriend, tetapi tempatku merajuk mestilah dia. Kenapa? Kalau aku merajuk sama ex-boyfriendku tu, sampai kiamat dia tidak pujuk. Tetapi dengan abang angkatku ni, dia akan cuba pujuk walaupun aku merajuk sebulan lamanya!!!
Adik aku cakap aku ni PENJAHAT. Kenapa? Sebab aku seperti memainkan abang angkat aku. Bukan... aku bukan memainkan dia. Cuma aku belum boleh menerima dia. Aku harap... satu hari nanti pintu hatiku terbuka untuknya!!! Tapi ada penghalangnya... kawan-kawan aku pulak TIDAK SETUJU aku dengan dia. Kenapa? Sebab diaorang cakap aku ni cantik, patut dengan orang yang standard dengan aku. Bukankah diaorang selalu mendefinisikan cinta itu tidak mengenal rupa paras? Tapi aku faham maksud diaorang.... Diaorang cuma mau yang terbaik untuk aku sebab diaorang sayang aku.
Hurm...apa-apapun.... dia tetap kawan aku. Kalau dia jodohku, tidak akan lari ke mana pun. Hehehe... wa~~ Awal sekali aku cakap pasal jodoh... hahahahaha... Belum! Aku belum mau kahwin! Aku masih mau belajar dan dapat kerja yang bagus. Itu planku... tapi semuanya ketentuan ALLAH. :-) Amin..
No comments:
Post a Comment